Yamaha Lagenda edisi terhad berinspirasi MotoGP

SEMPENA pasukan MotoGP Malaysia yang pertama – Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam telah melancarkan Yamaha Lagenda 115Z GP Edition.

Acara pelancaran semalam diadakan di Litar F1 Sepang, ketika pusingan ke-10 Petronas Malaysian Cub Prix 2019.

$!Yamaha Lagenda edisi terhad berinspirasi MotoGP

Warna Yamaha Lagenda 115Z edisi terhad itu diilhamkan oleh warna pasukan Petronas Yamaha SRT, yang telah “bertarung” di dalam MotoGP tahun ini.

Cover set (atau “kulit”) Lagenda 115Z GP Edition itu hampir sama dengan warna dan corak yang ada pada kedua-dua jentera lumba Petronas Yamaha SRT, yang dipacu oleh penunggang pasukan tersebut, iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

$!Yamaha Lagenda edisi terhad berinspirasi MotoGP

Hanya 5,000 unit Lagenda 115Z GP Edition akan dikeluarkan oleh HLYM. Setiap pembelinya akan mendapat Sijil Pemilikan eksklusif dari syarikat tersebut.

Semua pengedar sah Yamaha di Malaysia akan menjualnya bermula pada pertengahan bulan ini.

Harga seunit Yamaha Lagenda 115Z GP Edition ialah RM5,580, dan ianya disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana terdahulu.

$!Yamaha Lagenda edisi terhad berinspirasi MotoGP

Yamaha Lagenda 115Z dikuasai oleh enjin satu silinder, empat injap, bersuntikan bahanapi, berpenyejukan udara dan berisipadu 113.7 sentimeter padu. Enjinnya dipadankan dengan sistem transmisi separa-automatik empat kelajuan.

Kesemuanya bergabung untuk menghasilkan 9.92 kuasa kuda pada 7,750rpm dan 9.9 Newton-meter pada 6,500rpm.