KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamun wang tunai RM500 daripada dua warga asing di premis mencuci kenderaan di Taman Saujana Kajang yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Taman Kantai Permai, Kajang pada hari sama dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata lelaki terbabit juga tidak menyamar sebagai polis seperti yang ditularkan.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan pihak polis turut merampas sebuah motosikal serta pakaian yang disyaki digunakan semasa kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu direman empat hari hingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak tanpa menggunakan senjata.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image